PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1/2022
Keputusan penempatan Tahun 1/2022 akan dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online Ogos ini. Oleh yang demikian proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
TINDAKAN IBU BAPA
1. PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
2. PERMOHONAN RAYUAN
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan tiada proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL TAHUN 1 (KOHORT KELAHIRAN 2.1.2016 – 15.1.2016) UNTUK KEMASUKAN KE TAHUN 1/2022.
Tarikh Permohonan : OGOS 2021 – 20 SEPTEMBER 2021
Syarat dan Kelayakan Permohonan:
- Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang lahir pada 2 JANUARI 2016 – 15 JANUARI 2016 sahaja. (berdasarkan AKTA yang berkuatkuasa)
- Telah membuat permohonan Pendaftaran Tahun 1/2023 ke SEKOLAH KERAJAAN secara atas talian di https://public.moe.gov.my (Permohonan Online Tahun 1).
- Mengikuti PraSekolah/Tadika
Kaedah Permohonan:
- Muat turun borang permohonan (Borang PMA 01) di laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
- Isi borang dengan BETUL dan LENGKAP. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan dalam senarai semak dilampirkan bersama-sama permohonan. Pelaporan dari PraSekolah/Tadika WAJIB mendapat pengesahan.
- Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (UNIT PRASEKOLAH & RENDAH); atau, di emelkan ke ranjeeta@moe.gov.my
HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP AKAN DIPROSES.
- Pastikan permohonan dihantar DALAM TEMPOH PERMOHONAN sahaja. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN / DIPROSES.
Proses Pemilihan / Kelulusan Permohonan Kemasukan Awal:
- Permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan diproses. CALON akan dihubungi oleh pihak JABATAN PENDIDIKAN NEGERI. SURAT PANGGILAN untuk menduduki SARINGAN BERTULIS akan dihantar kepada CALON yang layak.
- CALON perlu hadir dan MENDUDUKI SARINGAN BERTULIS di pusat saringan yang ditetapkan. Calon juga hendaklah MEMBAWA DOKUMEN ASAL serta SALINAN DOKUMEN seperti dinyatakan dalam SURAT PANGGILAN termasuk SURAT PANGGILAN ASAL (HARD COPY) semasa menghadiri saringan tersebut. Kegagalan mengemukakan dokumen yang diperlukan boleh mengakibatkan pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki saringan tersebut.
- CALON yang LULUS SARINGAN BERTULIS SAHAJA akan dipanggil untuk menduduki SARINGAN TEMU BUAL. Hanya CALON yang LULUS kedua-dua SARINGAN BERTULIS dan SARINGAN TEMU BUAL akan diberikan SURAT KELULUSAN BERSEKOLAH AWAL.
Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan tidak dibuka untuk sebarang RAYUAN.
Senarai lampiran yang disertakan bersama pemakluman ini:
- SURAT SIARAN KPM
- SURAT PEMAKLUMAN DARI JPN
- BORANG PMA 01
Mohon dipanjangkan makluman ini kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Surat dari PPD akan menyusul.
UNIT PRASEKOLAH DAN RENDAH
31 JULAI 2021